Wanita dengan mudah dapat mengurangkan risiko menghidapi tekanan darah tinggi jika mereka meminum susu tanpa lemak bersama dengan pengambilan lebih kalsium dan vitamin-D dari sumber makanan lain yang bukan dari jenis suplemen tambahan.
Satu kajian baru-baru ini yang disiarkan di Jurnal American Heart Association’s “Hypertension”, mendedahkan fakta ini. Lebih dari 30 ribu wanita pertengahan umur dan yang lebih tua telah diperiksa dalam kajian tersebut.
Pengkaji-pengkaji di Universiti Harvard mendapati wanita yang meminum lebih susu tanpa lemak atau susu rendah lemak dan lain-lain produk tenusu yang kaya dengan kalsium dan vitamin D mendapat lebih perlindungan terhadap risiko dijangkiti tekanan darah tinggi
Menurut kajian tersebut jika seorang wanita meminum dua atau lebih gelas susu tanpa lemak atau rendah lemak setiap hari maka risiko menghidapi tekanan darah tinggi akan berkurangan hampir 10%. Kajian juga mendapati hasil keputusan ini tidak dapat dicapai dengan pengambilan susu tinggi lemak dan sumber kalsium serta vitamin D dari suplemen tambahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment