Wednesday, August 19, 2009

SUSU

Wanita dengan mudah dapat mengurangkan risiko menghidapi tekanan darah tinggi jika mereka meminum susu tanpa lemak bersama dengan pengambilan lebih kalsium dan vitamin-D dari sumber makanan lain yang bukan dari jenis suplemen tambahan.

Satu kajian baru-baru ini yang disiarkan di Jurnal American Heart Association’s “Hypertension”, mendedahkan fakta ini. Lebih dari 30 ribu wanita pertengahan umur dan yang lebih tua telah diperiksa dalam kajian tersebut.

Pengkaji-pengkaji di Universiti Harvard mendapati wanita yang meminum lebih susu tanpa lemak atau susu rendah lemak dan lain-lain produk tenusu yang kaya dengan kalsium dan vitamin D mendapat lebih perlindungan terhadap risiko dijangkiti tekanan darah tinggi

Menurut kajian tersebut jika seorang wanita meminum dua atau lebih gelas susu tanpa lemak atau rendah lemak setiap hari maka risiko menghidapi tekanan darah tinggi akan berkurangan hampir 10%. Kajian juga mendapati hasil keputusan ini tidak dapat dicapai dengan pengambilan susu tinggi lemak dan sumber kalsium serta vitamin D dari suplemen tambahan

Monday, August 17, 2009


a'kum....
haaaa.... sama tak.. biasalah mana tak tumpahnya kuah kalu ke nasi.
Yang besar Tu namanya ARIEFF AMSYAR dan yang kecik tu.. ARIEFF AMMAR..
alhamdulillah inilah 2 orang putera kami.semoga mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan didunia dan akhirat. Dimurahkan Rezeki hendaknya.....AMIN

assalamualaikum.....
alhamdulillah segala puji dan syukur terhadap ilahi kerana dengan izinya dapat aku menikmati keindahan dan kesegaran di dalam bumi yang nyata.Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada ibu dan ayah yang sentiasa tidak henti-henti meminta kesejahteraan untuk aku supaya selamat lahir ke dunia ini. Ibu kuucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana kesabaran dan ketenangan menempuhi cabaran dan dugaan mengandungkan aku selama 9bulan 10 Hari. Jasamu takkan dapat kubalas walaupun menitiskan airmata darah. terlalu mulia pengorbanan mu wahai ibu. hanya satu yang kupinta dari mu wahai ibu.... berkatilah segala titisan susu yang kau berikan kepada aku dan restuilah perjalanan hidupku serta doakanlah kebahagiaan ku didunia dan diakhirat. ibu aku sangat menyayangimu.

Pertanian Mangkin Pertumbuhan Ekonomi

Masa Depan Ekonomi Negara Menerusi Sektor Pertanian
Sektor pertanian telah memainkan peranan yang besar pada awal tahun 1920-an menerusi industri getah yang mengangkat nama Malaysia sebagai pengeluar getah asli utama dunia sehingga tahun 1980-an. Ekonomi negara selepas merdeka dimonopoli oleh aktiviti-aktiviti pertanian dan perlombongan sehinggakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada ketika itu menunjukkan sumbangan sektor petanian dan perlombongan mencecah angka 46 peratus.
Inisiatif penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah pula telah mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping mendokong matlamat membasmi kemiskinan yang termaktub di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Sementara itu, penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA (1965), Bank Malaysia (BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa agensi yang lain telah membantu dari segi kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit, dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian pada ketika itu.
Tiga dasar telah digubal dalam usaha memastikan sektor pertanian dapat bertindak sebagai ‘enjin ketiga’ pertumbuhan ekonomi negara di samping sektor perkhidmatan dan pembuatan. Dasar-dasar tersebut adalah merangkumi Dasar Pertanian Negara Pertama (1984-1991) yang memberi penekanan untuk membangunkan sektor pertanian yang berorientasikan ekspot; Dasar Pertanian Negara Kedua (1992-1997) yang memberi penekanan kepada peningkatan produktiviti, kecekapan dan persaingan; dan Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010) untuk meningkatkan dayasaing sektor pertanian berikutan liberalisasi perdagangan antarabangsa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan keyakinan tinggi bahawa sektor pertanian dan asas tani ini mampu menjana bukan sahaja pendapatan petani-petani luar bandar malahan juga ekonomi negara. Kesungguhan beliau dalam memajukan sektor pertanian terbukti dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan belanjawan 2006 yang telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar kepada sektor ini.
Transformasi sektor pertanian ke arah yang lebih dinamik dan berdaya saing dalam RMK-9 dan Belanjawan 2006 ini bertujuan untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi para petani dan negara selain bertujuan untuk mengurangkan pergantungan terhadap barangan import bahan makanan dalam jangka masa panjang yang mana pada masa ini imbangan import bahan makanan masih lagi melebihi kemampuan mengeksport.
Sebagai suatu langkah jangka panjang, kerajaan telah mempertanggungjawab dan memperluaskan fungsi Kementerian Pertanian dan Asas Tani bukan sahaja merangkumi bidang pertanian, malah turut merangkumi bidang industri asas tani. Tujuannya ialah supaya sektor pertanian dan industri asas tani dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan rantaian bekalan, iaitu dari peringkat pengeluaran benih, pengeluaran, pengendalian lepas tuai, penyimpanan, logistik, penggredan, pelabelan, pembungkusan, pengangkutan, peruncitan, pemborongan, pemasaran, penjenamaan, pemerosesan sehingga dijual kepada pengguna (from farm to table). Selain daripada pengeluaran pertanian, fokus masa hadapan akan diberi kepada industri asas tani yang boleh disertai oleh industri kecil dan sederhana, terutamanya dalam bidang-bidang tambah nilai yang baru.
Selain itu, bagi meningkatkan pengeluaran dan kecekapan pengeluaran, kerajaan telah merancang pembangunan kawasan-kawasan pengeluaran berteraskan ‘Cluster’ seperti Zon Pengeluaran Buah-buahan, ‘Target Area Concentration’, Zon Industri Akuakultur dan beberapa pendekatan seperti Projek Pertanian Moden dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Kesemua ini pada akhirnya bertujuan untuk membangunkan komoditi dan produknya yang berteraskan ‘Industrial Districts’ di mana pemasaran, pengeluaran, innovasi dapat dirancang dan diperlengkapkan dengan infrastruktur sokongannya.
Kerajaan, menerusi Kementerian Petanian dan Asas Tani juga memperkenalkan sebuah jenama yang akan dapat membezakan hasil-hasil pertanian negara dengan hasil-hasil pertanian negara lain dengan menitikberatkan kualiti dan keselamatan makanan iaitu ‘Malaysia Best’. Penjenamaan ini akan menekankan aspek pemantauan dan penelitian rapi menepati standard antarabangsa melibatkan semua aktiviti bermula daripada penjagaan ladang sehingga ke meja pengguna. Program penjenamaan ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pengguna tetapi juga dalam jangka masa panjang kepada pengeluar dan negara. Pengeluar hasil-hasil pertanian akan menikmati permintaan yang tinggi di pasaran domestik dan antarabangsa memandangkan produk mereka telah memenuhi citarasa pengguna dan telah melepasi tahap kualiti pasaran.
Kerajaan melihat bahawa bagi memajukan sektor pertanian, pertanian komersial, iaitu melalui amalan kaedah terkini seperti aplikasi teknologi dan penemuan penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk penggunaan bioteknologi perlu diaplikasikan. Bagi merealisasikan hasrat ini, kerajaan turut mengenal pasti beberapa bidang dan produk baru yang berpotensi untuk dimajukan bagi mempelbagaikan sumber pertumbuhan ekonomi. Salah satu sumber pertumbuhan baru yang dikenalpasti ialah pembangunan pusat makanan halal, ekuin dan haiwan eksotik, ‘minimally processed food’ dan produk-produk bioteknologi seperti kultur sel, ‘pharmaceutical’, ‘nutraceutical’, produk-produk herba dan makanan ternakan atau bahan tambahan makanan ternakan.
Selain itu, pengeluaran dan penggunaan biofuel berasaskan minyak sawit atau biofuel minyak sawit turut dilihat mampu untuk menjadi sumber pertumbuhan baru ekonomi negara. Kaedah ini telah digunakan di beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) sebagai bahan api untuk pengangkutan dan industri. Di negara Jerman, biofuel digunakan bagi keretapi komersil dengan prestasi yang baik. Di samping itu, hasilan minyak sawit, seperti stearin, juga digunakan sebagai bahan api untuk loji janakuasa dan dandang.
Permintaan pasaran bagi biofuel minyak sawit ini adalah amat menggalakkan. Pada tahun 2004, permintaan bagi biofuel dunia ialah sebanyak 2.5 juta tan dan dijangka meningkat pada kadar 25 peratus setahun.
Bagaimanapun, di sebalik keyakinan kerajaan terhadap sektor pertanian, bank-bank di negara ini pula melihat dari sudut yang berbeza. Keyakinan lebih tertumpu kepada sektor perindustrian dan perumahan bagi diberikan kemudahan pinjaman kewangan. Keadaan ini sedikit sebanyak akan memberikan impak terutamanya bagi petani meningkatkan kualiti dan taraf mereka dari taraf petani tradisional kepada petani moden. Oleh kerana mentaliti pihak bank yang beranggapan bahawa sektor pertanian tidak menguntungkan, mereka telah mengenakan syarat-syarat yang ketat dan menekan yang dikenakan pihak bank kepada petani. Langkah yang diambil mereka ini bukan sahaja menyulitkan, malah
Mampu melemahkan semangat para petani yang mempunyai perancangan menukar status mereka daripada petani tradisional kepada petani moden.
Baru-baru ini, Perdana Menteri telah memberikan teguran dan berharap agar pihak bank memberikan kepercayaan mereka terhadap sektor pertanian dengan memudahkan proses pinjaman yang melibatkan para petani sejajar dengan dasar dan penumpuan kerajaan terhadap ‘enjin ketiga’ atau sektor pertanian ini.
Kata-kata Perdana Menteri bukanlah omongan kosong semata. Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan Jasmin Jasin, Penerima Anugerah Peladang Jaya Lelaki Kebangsaan yang berjaya memperoleh pendapatan sebanyak RM2.1 juta setahun dengan hanya ‘berbudi dengan tanah’. Tidak dapat disangkal, bidang pertanian ini bukan suatu kerjaya yang glamor, namun ia menjanjikan pendapatan lumayan kepada mereka yang sanggup memerah keringat di bawah terik matahari dan menempuh pelbagai cabaran pada peringkat permulaan.
Kempen Buku Hijau yang dilancarkan pada bulan Mac lalu, dan penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2006) yang diadakan baru-baru ini dan kata-kata ‘Berdaya maju sendiri’ yang dilaungkan beliau terhadap pembabitan rakyat dalam menghasilkan sebahagian daripada keperluan makanan sendiri perlu diadaptasikan.
Secara logiknya, segala rungutan mengenai harga barangan bahan mentah seperti sayuran, daging dan sebagainya tidak akan lagi kedengaran sekiranya laungan ini diterjemahkan dalam kehidupan. Jika setiap warga mampu menghasilkan makanan sendiri, seolah sebahagian daripada masalah negara telah dapat diselesaikan. Bukan sahaja masalah ekonomi individu, masalah ekonomi negara turut dapat diselesaikan.

Sains & Teknologi

UKM tubuh Institut Perubatan Molekul

31/07/2003 10:17 a.m.

UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) menubuhkan sebuah lagi pusat kecemerlangan iaitu Institut Perubatan Molekul (UMBI) yang bakal menjadi pusat penyelidikan molekul terunggul di rantau ini.

Pengarahnya Prof. Dr. A. Rahman A Jamal berkata, UMBI terletak di kampus Fakulti Perubatan UKM (FPUKM) iaitu di dalam kompleks Hospital UKM (HUKM), berhampiran lokasi Program Lembah Bio Kebangsaan.

"Lokasi strategik ini pasti akan menjadi tarikan penyelidik terbaik tempatan dan luar negara untuk menggunakan kemudahan yang kita sediakan," katanya.

Dana pembangunan sebanyak RM64 juta telah dipohon daripada Kementerian Pendidikan bagi kos infrastruktur dan peralatan.

Selain menyediakan prasarana terbaik dan tercanggih untuk penyelidik dalam bidang perubatan molekul, UMBI juga akan menawarkan latihan pasca siswazah dan jawatan pasca doktoral.

Institut ini yang baru memulakan operasi pada awal bulan ini akan menjalankan penyelidikan asahan dalam bidang molekul dan bidang tujahan utama termasuklah penyelidikan kanser, teknologi sel stem, terapi gen, kejuruteraan tisu, farmakogenomik, epidemiologi molekul, penyakit genetik dan metabolik serta penilaian ekonomi penyelidikan bioteknologi.

"UKM sebelum ini memang telah dikenali dalam bidang penyelidikan kanser, justeru penubuhan UMBI memperkukuhkan lagi penyelidikan dalam bidang-bidang yang berkaitan," katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Antara objektif UMBI termasuklah menjalankan penyelidikan bertaraf dunia sekali gus melatih lebih banyak penyelidik dalam bidang tersebut.

"Penubuhan UMBI adalah tepat pada masanya memandangkan bidang perubatan molekul kini menjadi tunjang dan fokus utama penyelidikan perubatan masa kini, sejajar dengan era genomik dan pasca genomik," katanya.

A. Rahman berkata, Fakulti Perubatan UKM telah lama merintis dan berkecimpung dalam bidang perubatan molekul dan mempunyai barisan penyelidik dan saintis yang berkaliber dalam bidang tersebut selain mempunyai kerjasama dengan institusi penyelidikan di dalam dan luar negara.

"FPUKM merupakan perintis dalam penyelidikan molekular seperti dalam penyakit thalassaemia, kekurangan enzim G6PD, leukemia dan pelbagai jenis kanser," katanya.

FPUKM juga menawarkan banyak ujian molekul untuk penyakit tersebut.

Fakulti itu juga mempunyai Makmal Perubatan Molekul Pusat di bawah kelolaan Unit Penyelidikan Perubatan di samping makmal-makmal satelit.

Sepanjang Rancangan Malaysia ke-7 (RMK-7), FPUKM telah menerima peruntukan sebanyak RM16 juta melalui 84 projek penyelidikan di bawah program geran Penumpuan Penyelidikan Dalam Bidang Keutamaan (IRPA).

Status FPUKM sebagai pusat latihan pelajar pasca siswazah dan pakar perubatan terbesar di negara ini memastikan bekalan sumber tenaga manusia yang berterusan.

"HUKM pula sebagai salah satu hospital pengajar dan rujukan yang ulung di negara ini menyediakan lokasi dan prasarana yang terbaik untuk UMBI," katanya.

UKM telah pun mempunyai Pusat Analisa Gen dan Teknologi yang kini menjadi lokasi kepada makmal bagi Institut Genomik Kebangsaan.

Menurut A. Rahman, UMBI akan menjalinkan program berkembar dengan institusi penyelidikan, sektor swasta dan industri di dalam dan luar negara bagi memastikan produktiviti dan kualiti yang maksimum.

"Pelancaran UMBI akan memesatkan lagi penyelidikan dalam bidang perubatan molekul, sekali gus memperkukuhkan status UKM sebagai universiti penyelidikan dan membantu merealisasikan visi untuk meletakkan negara di persada dunia penyelidikan perubatan," katanya.

Selain A. Rahman yang merupakan pakar perunding kanan penyakit kanser dan darah kanak-kanak, UMBI mewujudkan lima jawatan penyelidik utama, fellow penyelidik kanan, bersekutu dan pelawat manakala kakitangan sokongan terdiri daripada pegawai sains, pegawai penyelidik, pegawai bioinformatik dan penolong pegawai sains perubatan.

Saturday, August 15, 2009

melayu oh melayu

Nasib Melayu di bumi Melayu – Dr Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah

JULAI 26 - Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan. – Mingguan Malaysia

Friday, August 14, 2009

girl from farm


wahhhhhh... tersenyum lebar cik nur farhana kita nie....
tapi dalam hati gabra juga tue.. maklumler buat pertama kalinyer dalam hidup, menunggang kuda. tahniah cik nurfarhana.

first in 50 year's


haaaaaa.... naik lagi si budak amsyar nie...
dengan atuknya pun dia tunggang kuda.. perkara baru ler katakan.
atuknyer pun syok juga tue...
apapun kami semua enjoy.

horse ride
















alhamdulillah dapat juga amsyar lepas kan hajatnya nak tunggang kuda. pagi tu hujan rebas-rebas, mula dah nak balik dah, tapi dia nangis nak naik juga. bapa mana yang sanggup tengok anak nangis. naiklah juga......
nama kuda tu samurai.
lokasinya : Family Farm Tg Rambutan
umi n her son amsyar

Thursday, August 13, 2009

BOM PERANG DUNIA KE 2


bom perang dunia ke 2
lokasi--- sungai choh, tambun
kekuatan--- boleh memusnahkan 2km persegi
2008